Latest Event Updates

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2018

Posted on

Assalamualaikum wbt,

Saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM 2018 kepada semua calon SPM tahun ini. Didoakan agar kalian dapat menjawab soalan SPM kali ini dengan jayanya. Semoga Allah permudahkan kalian untuk menjawab soalan dan seterusnya mendapat keputusan yang yang cemerlang. Amin

selamat-menghadapi-peperiksaan

SOALAN PERCUBAAN SPM 2018

Posted on

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua pelayar laman bahasa?

Seperti biasa setiap tahun penulis akan memasukkan koleksi soalan percubaan SPM ke dalam blog laman bahasa.

Oleh itu, penulis amat mengharapkan sumbangan soalan percubaan SPM 2018 sama ada soalan negeri/daerah/sekolah masing-masing.

Mohon tuan/puan yang ingin berkongsi soalan hantarkan ke e-mel penulis iaitu bpjsp04@yahoo.com

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada calon-calon SPM dan guru-guru bahasa Melayu.

Terima kasih.

SEMINAR A+ (BAHASA MELAYU & SEJARAH)

Posted on

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekali lagi pada tahun ini saya dan rakan-rakan akan menganjurkan SEMINAR A+ (BM & Sejarah).

Calon-calon SPM yang berminat bolehlah menghubungi urus setia seminar seperti yang terdapat dalam brosur untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Cepat, tempat terhad.

broser-seminar-spm

SEMINAR A PT3 2016 (BM, Matematik & Sains)

Posted on

Asssalamualaikum wbt…

Salam sejahtera kepada semua pengguna laman bahasa.

Satu seminar untuk calon-calon PT3 akan diadakan pada 31 Ogos 2016 (Rabu) untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.

Murid-murid Tingkatan 3 yang berminat bolehlah menghubungi urus setia seminar seperti yang terdapat dalam brosur untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Cepat, tempat terhad.

Terima kasih.BROUSER SEMINAR PT3

MAKLUMAN TENTANG CERAMAH TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU

Posted on

Assalamualaikum wbt

Pada tahun ini, saya terpaksa menolak semua jemputan untuk mengadakan ceramah teknik menjawab Bahasa Melayu.  Saya memohon maaf kepada guru-guru yang telah menghubungi saya kerana menolak jemputan untuk berceramah. Sebabnya banyak, namun biarlah saya katakan punca saya tidak mahu berceramah lagi ialah SEBAB-SEBAB PERIBADI.

Sekian.

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2015

Posted on

Assalamualaikum wbt

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM kepada semua calon SPM 2015. Semoga semua calon dapat menjawab soalan dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.

SELAMAT MAJU JAYA.

Cikgu Samsudin Sarif

LAMAN BAHASA.

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2015

Posted on

ANALISIS SOALAN PERCUBAAN SPM 2015

Soalan 2 (b) : Cerpen / Drama

Bil TAJUK NEGERI CATATAN
1 IBU DAN CEPER Kelantan, SBP Ting 4
2 MELLISA Perlis Ting 4
3 BIARKAN SAMUDERA Kedah Ting 4
4 PAHLAWAN BUNTUNG Terengganu Ting 5     (JUN 2015)
5 IDOLA Pulau Pinang, N. Sembilan Ting 5
6 TANGGAR AMANAT MRSM Ting 5
7 PEMAIN CATUR Pahang Ting 4
8 TIANG CENGAL DINDING SAYUNG YIK Ting 5
       

 

Soalan 2 (c) : Prosa Klasik

Bil TAJUK NEGERI CATATAN
1 PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang Ting 4
2 MERAH SILU MRSM Ting 4  (NOV 2012, JUN 2015)
3 HIKAYAT SIAK Perlis Ting 5   (JUN 2012)
4 DUA GELIGA HIKMAT SBP Ting 5   (NOV 2011)
5 HIKAYAT KHOJA MAIMUN YIK Ting 5   (JUN 2013)
       
       

 

Soalan 2 (d) : Puisi

Bil TAJUK NEGERI CATATAN
1 GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM Pulau Pinang, YIK Ting 4
2 PANTUN LAPAN KERAT Terengganu Ting 5    (JUN 2015)
3 SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI MRSM Ting 5
4 GURINDAM TONGGAK DUA BELAS Kedah, Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan. Ting 5
5 Sajak PASAR PERASAAN SBP Ting 5
       
       

 

Soalan 3 (b) : Sintaksis

Bil TAJUK NEGERI CATATAN
1 MENCERAKINKAN AYAT Kedah, Negeri Sembilan  
2 AYAT AKTIF dan AYAT PASIF Perlis, Pulau Pinang  
3 JENIS-JENIS AYAT Kelantan, Terengganu, SBP  
4 AYAT AKTIF TRANSITIF dan AYAT AKTIF TAK TRANSITIF MRSM  
5 GOLONGAN KATA YIK  
6      
       

 

Soalan 4 (NOVEL)

Bil TAJUK NEGERI CATATAN
1 a. Dua peristiwa pada peringkat peleraian.

b. Persoalan – semangat kerjasama

Kedah  
2 a. Nilai pengorbanan

b. Latar tempat

Perlis  
3 a. Perwatakan watak sampingan.

b. Tema

Kelantan  
4 a. Nilai kemanusiaan

b. Dua tindakan watak utama yang anda tidak bersetuju dengannya.

Terengganu  
5 a. Peristiwa yang menunjukkan usaha watak-watak saling membantu dalam menyelesaikan masalah.

b. Unsur saspens.

MRSM  
6 a. Masalah kehidupan dalam novel dan cara menyelesaikan masalah tersebut.

b. Nilai kasih sayang

SBP  
7 a. Pengajaran

b. Nilai kemanusiaan watak utama.

Pulau Pinang  
8 a. Dua Teknik Plot

b. Kritikan sosial

Negeri Sembilan  
9 a. Kepincangan sosial dalam masyarakat.

b. Persoalan tanggungjawab

Pahang  
10 a. Satu perwatakan watak utama dan satu perwatakan watak sampingan dan perbezaannya.

b. Satu peristiwa yang menggembirakan.

YIK  
       

 

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB 2

Posted on Updated on

Assalamualaikum wbt.
Ceramah teknik menjawab yang disampaikan penulis:

IMG_20150917_134524IMG_20150917_134551

SMK DESA MURNI, SG DUA, PULAU PINANG ( 17 SEPTEMBER 2015)

IMG_20150910_104139IMG_20150910_130326

IMG_20150910_141106IMG_20150910_141007

SMJK JIT SIN, BUKIT MERTAJAM (10 SEPTEMBER 2015)

20150903_13282320150903_133134

PROGRAM MBMMBI KOLEJ VOKASIONAL ZON UTARA (3 SEPTEMBER 2015)

IMG_20150820_103528IMG_20150820_103533

SMK PERMATANG PASIR (20 OGOS 2015)

IMG_20150818_105428IMG_20150818_105441

SMK KEPALA BATAS, PULAU PINANG (18 OGOS 2015)

IMG_20150813_134528IMG_20150813_134554

SMK BAKTI, TASEK GELUGOR (13 OGOS 2015)

IMG_20150811_143722IMG_20150811_163613

IMG_20150811_163619IMG_20150811_163546

PROGRAM HALUS, KELOMPOK M10 SPU. (11 OGOS 2015)

IMG_20150806_133608IMG_20150806_133602

IMG_20150806_133810IMG_20150806_133602

SMK BANDAR BARU PERDA, BUKIT MERTAJAM (6 OGOS 2015)

IMG_20150730_113225IMG_20150730_113234

SMK BUKIT MERTAJAM (30 JULAI 2015)

IMG_20150723_124337IMG_20150723_124522

IMG_20150723_124551IMG_20150723_124414

SMK GEMILANG, PULAU PINANG (23 JULAI 2015)

SOALAN PERCUBAAN SPM DAN PERCUBAAN PT3 2015

Posted on

Assalamualaikum wbt.

Saya dalam proses untuk mengumpulkan koleksi soalan percubaan untuk SPM dan PT3 tahun 2015. Soalan-soalan tersebut akan dimuat naik dalam laman bahasa dan boleh dikongsi bersama-sama. Oleh hal yang demikian, saya amat berbesar hati sekiranya tuan/puan boleh berkongsi soalan tersebut untuk manfaat kita bersama.

Sekiranya tuan/puan mempunyai soalan tersebut bolehlah e-melkan kepada saya. Alamat e-mel saya ialah bpjsp04@yahoo.com

Tuan/puan boleh meng-e-melkan kepada saya apa-apa sahaja soalan percubaan, sama ada soalan percubaan bersama (negeri/daerah/zon) ataupun soalan percubaan peringkat sekolah masing-masing. Sumbangan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga soalan-soalan ini akan dapat dimanfaatkan oleh orang lain dan seterusnya dapat meningkatkan lagi kecemerlangan subjek Bahasa Melayu SPM.

Sekian, terima kasih.

Cikgu Samsudin bin Sarif