Day: February 5, 2010

Dokumen :Standard Guru Malaysia

Posted on Updated on

 

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan…. MUAT TURUN dokumen lengkap Standard-Guru-Malaysia
 

 

BAHASA MELAYU atau BAHASA MALAYSIA

Posted on

Isu tentang penggunaan istilah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia menjadi agak menarik dibincangkan di sini. Apabila saya perhatikan di sekolah-sekolah, terdapat guru-guru yang masih lagi keliru tentang penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.

Setahu saya belum ada lagi pekeliling yang meminta kita menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya di sekolah-sekolah. Mata pelajaran Bahasa Melayu masih relevan digunakan di sekolah terutamanya untuk merujuk kepada subjek itu sendiri. Antara alasannya ialah:

1. Buku teks mata pelajaran ini masih lagi menggunakan perkataan BAHASA MELAYU.

2. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia masih lagi menggunakan nama Bahasa Melayu untuk subjek ini di peringkat UPSR, PMR dan SPM.

3. Terasa kejanggalan apabila bahasa Melayu ditukarkan ke bahasa Malaysia. Kebanyakan guru dan murid sudah terbiasa menggunakan bahasa Melayu dan bukannya bahasa Malaysia.

Bagaimanakah pula dengan saudara/i?