Laman Sosial
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Cuti sekolah ini, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Selain memenuhi undangan kenduri kahwin, penulis juga kerap melayari Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan yang lain. Penulis perhatikan, rata-rata pengunjung Facebook menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dan berhubung dengan rakan-rakan mereka. Selain dapat mengeratkan tali persahabatan, Facebook juga boleh digunakan untuk propaganda memartabatkan bahasa khususnya bahasa Melayu. Kepada saudara dan saudari yang kerap melayari Facebook, penulis cadangkan agar isu bahasa diperdebatkan dalam laman sembang ini agar semua pengguna Facebook menyedari bahawa bahasa kebangsaan ini semestinya digunakan dengan baik dan dipelihara struktur ayatnya dan dijamin kesantunannya ketika berbahasa. Janganlah ‘merojakkan’ atau menambahkan kecelaruan ketika menggunakan bahasa ini. Saya percaya, bahasa yang indah itu wajar digunakan dengan baik untuk menjamin keindahannya.