Month: April 2010

NKRA KPM

Posted on Updated on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada KPM. Bidang keutamaan yang dikenal pasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah – peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas dalam pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi – semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi – usaha KPM membangunkan 100 buah ‘high performance schools’ termasuk ‘trust schools’ pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar – Bai’ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan ‘performance based assessment’ mulai tahun 2010.

Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa KPI:

a. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa (Sekolah Menengah 1 : 17, Sekolah Rendah 1 : 16)

b. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

c. Peratus peningkatan sebanyak 1% setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M)

Apa Khabar?

Posted on

Agak lama juga saya tidak menambahkan bahan-bahan baharu dalam blog ini.  Belakangan ini banyak kekangan yang menyebabkan saya tidak dapat menyelitkan sesuatu yang terkini untuk anda. Kesibukan akhir-akhir ini agak luar biasa. Hal-hal remeh yang perlu disiapkan hampir-hampir membuang masa yang berharga.  Dua kajian tindakan yang dirancang belum lagi nampak hasilnya kerana hal-hal remeh seperti tugas-tugas bukan mengajar yang kadangkala nampak membebankan walaupun tidak serumit mana. Saya amat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji bebanan tugas guru di sekolah-sekolah. Tugas-tugas renyah inilah yang sering mengganggu tugas hakiki seorang guru. Tugas-tugas sebeginilah yang sering membuatkan saya tidak dapat merancang aktiviti P&P dengan baik sehinggakan kadang-kadang terpaksa masuk ke dalam kelas tanpa persediaan yang secukupnya. Paling menyedihkan, buku rekod mengajar tidak sempat ditulis dengan sewajarnya dek kesibukan melaksanakan tugas-tugas tambahan yang nampaknya kelihatan menjadi tugas utama! Saya berpendapat bahawa saudara dan saudari juga menghadapi situasi yang sama. Fenomena ini bukan berlaku di mana-mana sekolah tertentu sahaja, malahan hampir semua sekolah di negara kita menghadapi situasi yang sama. Saya tidak pasti situasi di sekolah berasrama penuh ataupun di MRSM atau di SBT? KPM harus bertindak segera! Tapi… untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang beban kerja guru, pihak KPM tidak perlu bertanya kepada Pengarah Pelajaran Negeri… atau pegawai PPD atau Pengetua/Guru Besar. Sebabnya….mereka sebenarnya tidak berapa tahu tentang BEBAN kerja guru. KPM seharusnya turun padang dan langsung berjumpa dengan guru-guru untuk menilai sejauh manakah BEBAN yang dimaksudkan itu?

Kata Majmuk

Posted on Updated on