Day: January 24, 2011

PERMULAAN 2011

Posted on Updated on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pejam celik, pejam celik, minggu ini sudah masuk minggu ke-4 sesi persekolahan berlangsung untuk tahun ini. Cepatnya masa berlalu! Minggu depan kita akan melangkah ke bulan Februari. Masa bergerak dengan pantas sekali. Dirasakan masa 24 jam sehari semakin singkat, mungkin aktiviti yang dilakukan tanpa henti menyebabkan masa itu dirasakan begitu pantas berlalu.

Kepada murid-murid;  sudahkah anda bersedia untuk mengharungi sesi persekolahan ini seterusnya? Adakah anda sudah membaca semua teks KOMSAS yang diberikan kepada anda? Cabaran sebagai murid dan remaja sekarang amat mencabar! Dunia globalisasi tanpa sempadan menjadikan hidup ini lebih menarik, tapi harus berhati-hati dan awas selalu kerana dunia hari ini penuh dengan kealpaan dan masa boleh dibazirkan begitu sahaja sekiranya kita tidak pandai merancang. Melayari internet, mengadap Facebook, menonton TV, melayan SMS dan sebagainya menyebabkan masa 24 jam sehari dirasakan tidak mencukupi. AWAS, dunia hari ini menuntut kita supaya lebih berwaspada. Jangan leka dengan keseronokan duniawi sehingga lupa kepada-Nya. Hiburan berlebihan yang disogokkan mengundang seribu bencana!

Saya yakin, anda di luar sana dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Buatlah pilihan yang tepat agar hidup kita tidak sia-sia. Tepuk dada, tanyalah selera.