TANAH RUNTUH LAGI…
Kejadian tanah runtuh berlaku lagi! Selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, kini berlaku lagi di Hulu Langat juga di negeri Selangor. Tapi kali ini kejadian ini lebih menyayatkan hati kerana melibatkan anak-anak yatim. 16 orang terkorban merupakan satu angka yang amat besar jika dibandingkan dengan kejadian tanah runtuh sebelum ini. Mungkin inilah takdir yang patut kita terima dan sama-samalah kita sedekahkah al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban. Al-Fatihah.. Amin.