Day: August 5, 2013

HARI RAYA AIDILFITRI 1434 H

Posted on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rasulullah saw bersabda, “Apabila tiba Hari Raya Fitrah, berdirilah malaikat di pintu-pintu jalan lalu menyeru, pergilah wahai kaum Muslimin menghadap Tuhan yang pemurah yang memberikan pahala yang banyak, demi sesungguhnya kamu telah diperintahkan untuk melakukan qiamullail maka kamu membuatnya, dan kamu diperintahkan untuk berpuasa pada siangnya maka kamu berpuasa, kamu juga mentaati  Tuhan kamu maka kamu terimalah balasan kamu, maka apabila bersembahyang maka akan menyerulah orang yang menyeru: “Ketahuilah bahawasanya  Tuhan kamu telah mengampunkan kamu dan pulanglah menuju tunggangan kamu dan itu adalah hari menerima balasan dan dinamakan hari itu di langit sebagai hari Aljaizah (hari mendapat ganjaran)”.                                                                                                   (Riwayat Saad bin Aus Al-Ansari)

 

CARA RASULULLAH SAW BERHARI RAYA:

1.   Bertakbir

2.   Lafaz ucapan selamat hari raya dengan ucapan TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA’

3.   Beribadat dan berdoa pada malam Aidilfitri.

4.   Mandi pada pagi hari raya.

5.   Menjamah sedikit makanan sebelum Solat Aidilfitri.

6.   Memakai pakaian indah.

7.   Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

8.   Membawa serta isteri dan anak-anak ke tempat solat hari raya.

9.   Pesanan menyegerakan Zakat Fitrah.

10. Mengerjakan solat Aidilfitri dan mendengar khutbah.

11. Bergembira di hari raya.

12. Mengerjakan puasa enam hari pada bulan Syawal.

 

Wassalam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Posted on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya ingin mengucapkan TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM (semoga Allah SWT menerima amalan kita) kepada muslimin dan muslimat yang melayari laman bahasa.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Cikgu Samsudin.

kad hari raya