Day: January 27, 2014

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)

Posted on

Definisi:

Rancangan Pelajaran harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.                                                                                                                                          (SPI Bil. 3/1999)

 

Perkara dalam Rancangan Pelajaran Harian

a.  Tarikh

b.  Hari

c.  Waktu

d.  Tingkatan

e.  Mata Pelajaran

f.  Tajuk

g.  Objektif / Hasil Pembelajaran

h.  Aras

i.  Nilai Murni

j.  Kandungan

k.  Aktiviti

l.  Impak / refleksi.

 

Ulasan Ringkas Perkara dalam RPH

1.  Objektif / Hasil Pembelajaran

  • dinyatakan secara khusus (HPK)
  • merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran
  • menggunakan ayat sendiri
  • objektif dibina dengan merujuk kepada HPK
  • objektif jelas dan dapat diukur
  • satu daripada objektif berkaitan dengan pengajaran sistem tatabahasa.
  • bersesuaian dengan tajuk.

2.  Aras

  • kemahiran berbahasa yang meliputi Aras 1, Aras 2 dan Aras 3 (rujuki HSP)

3.  Nilai Murni

  • berfokuskan satu nilai atau lebih
  • meliputi aspek peribadi, keluarga, masyarakat, negara atau global.

4.  Kandungan

  • berkaitan dengan sistem bahasa yang berfokuskan pengajaran dan pembelajaran (P dan P)
  • kandungannya terdiri daripada tatabahasa (morfologi, sintaksis, fonetik dan fonologi, semantik)
  • sebutan dan intonasi juga merupakan sebahagian daripada sistem bahasa

5.  Aktiviti

  • proses P dan P bertujuan untuk mencapai objektif.
  • perlu ditulis secara ringkas dan padat.
  • merangkumi set induksi, perkembangan langkah dan penutupan.
  • set induksi bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap P dan P.

6.  Impak / refleksi

  • penilaian atau pengukuran dalam pencapaian objektif P dan P.
  • penilaian guru terhadap prestasi P dan P yang telah dijalankan.
  • menjadi asas perancangan P dan P seterusnya.
  • impak ialah kesan yang diharapkan tercapai (objektif)
  • refleksi ialah penilaian guru terhadap P dan P yang telah dijalankan.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)

Posted on

Definisi:

Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  (SPI Bil. 3/1999)

Ciri utama RPT:

a.  Berdasarkan Sukatan Pelajaran.

b.  Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

c.  Merangkumi sepanjang tahun.

d.  Diolah mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid.

e.  Disusun berdasarkan takwim sekolah.

Perkara dalam Lajur Rancangan Pelajaran Tahunan

a.  Kelompok : Masa pelaksanaan (tiga hingga empat minggu)

b.  Tema dan tajuk.

c.  Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)

d.  Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.

e.  Catatan :

  • peperiksaan / ujian bulanan
  • cuti sekolah
  • program / aktiviti sekolah
  • laman web
  • bahan bantu belajar/mengajar, lembaran pengurusan grafik (LPG).
  • hari sukan dan yang lain-lain.