PdPc

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU

Terima kasih kepada guru yang menyumbang bahan untuk dimuat naik dalam laman bahasa.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)

TAHUN 2019

  1. TINGKATAN 1 –   RPT T1 2019
  2. TINGKATAN 2 –   RPT T2 2019
  3. TINGKATAN 3 –   RPT T3 2019
  4. TINGKATAN 4 –   RPT T4 2019
  5. TINGKATAN 5 –   RPT T5 2019

 

TAHUN 2017

  1.  RPT T1 2017
  2.  RPT T2 2017
  3.  RPT T3 2017
  4.  RPT T4 2017
  5.  RPT T5 2017

___________________________________________________

1.  RPT TING 1

2.  RPT TING 2

3.  RPT TING 3

4.  RPT T4 2016

5.  RPT T5 2016

SKEMA JAWAPAN MODUL PECUTAN AKHIR SPM MPDCA SKEMA JAWAPAN MODUL B MELAYU 2

PANDUAN PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

PANDUAN PENULISAN RPT DAN RPH

—————————————————————————————

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KOMSAS

————————————————————————————–

POWER POINT KOMSAS

1.   PEMAIN CATUR

2.   PEMAIN CATUR 2

3.   MEMORI SEORANG TUA

4.   MELISSA 1

5.   MELISSA 2

6.   ISRAK

7.   BIARKAN SAMUDERA

8.   CEMPAKA BERDARAH

9.   FORUM REMAJA 2020

10.   GELANGGANG TOK WALI

11.   GELANGGANG TOK WALI 2

12.   MERAH SILU

13.   HIKAYAT LANGLANG BUANA T5

14.   HIKAYAT KHOJA MAIMUN

15.   PANTUN BUDI

16.   PANTUN JENAKA DAN SINDIRAN

17.   SELOKA MAK SI RANDANG

18.   SYAIR SITI SIANAH

19.   MENGINTAI RUANG INSAF

20.   MAHSURI

21.   MAHSURI 2

————————————————————————————–

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 1 – 5

Huraian Sukatan Pelajaran BM T1

Huraian Sukatan Pelajaran BM T2

Huraian Sukatan Pelajaran BM T3

Huraian Sukatan Pelajaran BM T4

Huraian Sukatan Pelajaran BM T5

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KBSM.

Sukatan Pelajaran BM KBSM

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN:

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TING 1

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 1

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TING DUA 2011

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 4 2011

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 5 – 2011

_________________________________________________

Rizuan Atan (GCBM) Munsyi Dewan (DBP)  GRAMATIS 1 , GRAMATIS 2 , GRAMATIS 3

__________________________________________________

MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA, DATIN MARIAM BINTI MEHAD
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN, PAHANG …Muat turun KEMAHIRAN MENULIS

__________________________________________________

ENCIK AZIZUL RAHMAN BIN ABD RAHMAN – Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Muat turun: MODUL MERANGKA KARANGAN

________________________________________________

PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN MENGGUNAKAN FORMULA : SATU KREATIVITI

Datin Mariam binti Mehad , SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia.

Muat turun : FORMULA PERKEMBANGAN ISI KARANGAN

__________________________________________________

PUAN ZALINA BT AHMAD : Muat turun – TATABAHASA

_________________________________________________

MODUL PEMBELAJARAN KARANGAN BM STPM

oleh: NAWI BIN ISMAIL  (SM TEKNIK TERENGGANU)  Muat Turun : MODUL PEMBELAJARAN KARANGAN BM STPM

_____________________________________________

Topik-topik penting tatabahasa (BOLEH JUGA DIMUAT TURUN DI HALAMAN TATABAHASA)

TOPIK 1: AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS…. MUAT TURUN NOTA LENGKAP TOPIK 1 – AYAT TUNGGAL

__________________________________________________

TOPIK 2: AYAT SUSUNAN SONGSANG

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat. MUAT TURUN NOTA LENGKAP  TOPIK 2 – SUSUNAN AYAT SONGSANG

__________________________________________________

 

TOPIK 3: AYAT PASIF

Ayat pasif terbentuk apabila objek dalam ayat pasif transitif bertugas sebagai subjek, contohnya seperti ayat di bawah ini.

Saya sudah melaksanakan kerja itu semalam. (Ayat aktif= pelaku sebagai subjek)

Objek

Kerja itu sudah saya laksanakan semalam. (Ayat Pasif=objek sebagai subjek)

Subjek        MUAT TURUN NOTA LENGKAP  TOPIK 3 – AYAT PASIF

__________________________________________________

 

TOPIK 4: KATA MAJMUK

KATA MAJMUK

Ada dua bentuk ejaan kata majmuk, iaitu ditulis secara terpisah dan bercantum. Pada dasarnya semua kata majmuk ditulis secara terpisah. Ada tiga jenis kata majmuk yang ditulis terpisah.

Kata Majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.

Contohnya : guru besar, tengah hari, terima kasih, kapal terbang, Menteri Besar, Setiausaha Politik.

Kata Majmuk yang merupakan istilah khusus.

Contohnya : garis pusat, atur cara, lut sinar, mata pelajaran, kertas kerja, pita suara, reka bentuk.

Kata Majmuk yang membawa maksud simpulan bahasa.

Contohnya: tumbuk rusuk, gulung tikar, anak emas, kaki bangku, ringan tulang.

Namun begitu, terdapat juga kata majmuk yang ditulis secara bercantum kerana penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993:75), antara kata majmuk yang ditulis bercantum ialah:  MUAT TURUN NOTA LENGKAP:TOPIK 4 – KATA MAJMUK

__________________________________________________

TOPIK 5 :  IMBUHAN ‘meN-…-kan’ DAN ‘meN-…-i’

Imbuhan apitan meN-, meN-…-kan dan meN-…-i akan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan  objek atau penyambut sebagai unsur predikatnya.

1. Kata Kerja apitan ‘meN-…-kan’ dan ‘meN-‘

                meN-…-kan = 2 objek (objek tepat dan objek sipi)

                meN-    =  1 objek dan frasa keterangan

MUAT TURUN NOTA LENGKAP :  TOPIK 5 – IMBUHAN ‘meN-…-kan’ DAN ‘meN-…-i’

__________________________________________________

 

TOPIK 6 : KATA BANTU

Kata bantu  ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam dalam binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan  kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

(i)           Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa ini (kini) atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu aspek yang dominan dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum.

MUAT TURUN NOTA LENGKAP : TOPIK 6 – KATA BANTU

__________________________________________________

  TOPIK 7 : KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.

Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat.  Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan  yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

MUAT TURUN NOTA LENGKAP : TOPIK 7 – KATA ADJEKTIF

________________________________________________

TOPIK 8 : FUNGSI –nya DALAM AYAT

Dalam Tatabahasa Dewan (1993), -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang diletakkan pada akhir kata sahaja. Ganti nama diri ketiga, -nya digunakan apabila kita tidak mahu menyebut nama orang yang kita bercakap tentangnya sekali atau berulang-ulang kali. Sebagai contoh:

1. Saya amat simpati akan dirinya. (Saya sangat simpati akan Aina.)

2. Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasunya yang mahal itu. (Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasu dia yang mahal itu.)

Fungsi –nya juga dapat digantikan dengan dia atau beliau. Sebagai contoh:

MUAT TURUN NOTA LENGKAP : TOPIK 8 – FUNGSI -NYA DALAM AYAT

__________________________________________________

TOPIK 9: KATA KERJA

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:

  • Kata kerja transitif
  • Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF (KKT)

Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan maksud ayat.

KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:

MUAT TURUN NOTA LENGKAP: TOPIK 9 – KATA KERJA

______________________________________________

TOPIK 10 : PASANGAN KATA MENGELIRUKAN

  1. 1.       KATA NAFI : tidak  –  bukan
  • Kedua-duanya ialah kata nafi. Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi untuk frasa-frasa predikat.
tidak bukan
Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.
Bapanya tidak pergi ke pejabat hari ini. Makanan itu bukan untuk Ali tetapi untuk Aminah.
Kenyataan yang diberinya itu tidak benar. Projek itu bukan usaha yang saya lakukan.

Nota:

  • Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

Contoh:    Pak Abu bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.

MUAT TURUN NOTA LENGKAP: TOPIK 10 – PASANGAN KATA MENGELIRUKAN

________________________________________________

TOPIK 11: KESALAHAN STRUKTUR AYAT

1.            Ayat Gabungan

Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung.

Contoh:

Nani dan Nora ke perpustakaan.

Nurul  bukan saja pandai tetapi juga pemurah.

Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.

MUAT TURUN NOTA LENGKAP: TOPIK 11- KESALAHAN STRUKTUR AYAT

__________________________________________________


92 thoughts on “PdPc

    normi said:
    August 7, 2010 at 3:05 pm

    salam.cikgu boleh tak saya nak tumpang ambik rancangan pelajaran ting.4.nak guna..kalau boleh tima kasih byk2..dr normi smk lunas,kulim,kedah

    SUHAIZAD BINTI SAAD said:
    February 10, 2011 at 6:59 am

    Terbuka mata saya apabila melayari blog ini. Ianya banyak membantu saya memandangkan saya diarahkan mengajar mata pelajaaran Bahasa Melayu yang bukan menjadi bidang saya. Saya amat berterima kasih.

      lamanbahasa responded:
      January 25, 2012 at 2:08 pm

      Tahniah kerana telah menjadi salah seorang pendidik bahasa kebangsaan kita. Cikgu patut berbangga menjadi guru bahasa Melayu. Teruskan usaha cikgu.

    ayna . said:
    February 27, 2011 at 5:20 pm

    hehehe

    maznah said:
    February 28, 2011 at 5:51 pm

    muat turun rpt ting.4&5, terima kasih.

    mohd afandi b. ismail said:
    March 21, 2011 at 11:21 pm

    terima kasih, kerana banyak info yang saya dapat

    Nur Azalina Mohamed Adam said:
    April 19, 2011 at 11:11 pm

    Salam.saya sangat tertarik apabila melayari blog encik.Terlalu banyak input tentang P&P yang dapat saya kongsi bersama.Tahniah dan terima kasih.

    rohayah hashim said:
    April 20, 2011 at 10:07 am

    Salam, Cikgu saya minta izin amik nota. Terima kasih.

    Farina Aida said:
    June 16, 2011 at 2:43 am

    ya Allah ya tuhanku, engkau kurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat kepada insan mulia ini kerana bahan-bahan yang dipaparkan dalam blog ini sangat membantu insan yang bergelar pelajar.

    Atikah Abdullah said:
    October 1, 2011 at 3:07 pm

    Terima kasih kerana nota-nota ini banyak membantu saya dalam pengajaran…

    anand said:
    January 24, 2012 at 12:43 am

    cikgu seorang yang pemurah. terima kasih byk2. usaha baik cikgu tentu akan dibalas suatu hari nanti. GOD BLESS YOU.

      lamanbahasa responded:
      January 24, 2012 at 10:33 pm

      Terima kasih…

        linda said:
        January 27, 2012 at 2:04 pm

        terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat ini…izinkan saya mengembangkan lagi ilmu ini…insyaAllah.

        lamanbahasa responded:
        January 31, 2012 at 10:00 pm

        Silakan. silakan.

    cikgu ton said:
    January 30, 2012 at 3:05 pm

    Terima kasih kerana banyak info yang sangat bermanfaat bagi saya yang dah lama tak ajar bm…

      lamanbahasa responded:
      January 31, 2012 at 9:57 pm

      Terima kasih cikgu ton. Ambillah yang bermanfaat dan sebarkan ilmu itu.

    rosida zain said:
    February 23, 2012 at 10:55 pm

    Assalamualaikum.

    amanbahasa ini amat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran.
    Terima kasih banyak-banyak.

    zunika said:
    March 31, 2012 at 10:47 pm

    tahniah….menarik…dapat idea untuk ajar murid-murid..teruskan usaha cikgu..

    ain said:
    May 18, 2012 at 5:02 am

    Assalamualaikum..
    terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan..
    saya ingin bertanya satu soalan tentang nota ayat tunggal cikgu.
    bukankah dlm rumus tatabahasa, frasa yang sesuai utk diletakkan pada subjek hanya boleh menggunakan frasa nama sahaja, tetapi dalam nota cikgu terdapat contoh dengan menggunakan FA, FSN & FK..ingin mohon penjelasan cikgu.terima kasih

    Yatie said:
    June 18, 2012 at 4:34 pm

    Assalam , mohon nak share notanya…terima kasih..teruskan usahanya…

    cikgujamilahbee said:
    July 4, 2012 at 12:32 am

    Terima kasih cikgu. Banyak maklumat yang saya peroleh. Moga dirahmati Allah.

    farhanah said:
    July 11, 2012 at 7:11 pm

    assalamualaikum…
    terima kasih banyak atas perkongsian ilmu yang sangat berguna…
    saya budak baru belajar…

    cikgu Anns said:
    September 3, 2012 at 9:07 am

    Assalamualaikum..mohon halal..minta izin muat turun nota tatabahasa. syukran.

    wan nor habani said:
    October 30, 2012 at 3:58 pm

    terima kasih..banyak membantu saya ..izinkan nota2 cikgu saya ambil sbg rujukan…

    surie said:
    November 5, 2012 at 10:13 pm

    as salam cikgu..mohon perkongsian ilmu dan halalkan sekiranya saya muat turun bahan/nota cikgu..terima kasih banyak cikgu..

    surie said:
    November 5, 2012 at 10:18 pm

    as salam cikgu..mohon penjelasan cikgu segera, pemetaan PBS dibuat dalam HSP sahaja atau RPT?

      lamanbahasa responded:
      November 7, 2012 at 12:57 pm

      Waalaikummusalam,
      Pemetaan DSP masukkan dalam RPT.

    diah said:
    December 9, 2012 at 12:16 pm

    assalamualaikum cikgu. Mohon perkongsian bahannya.Mohon halalkan bahan p &p yg saya muat turun. Terima kasih cikgu

    shikin said:
    December 11, 2012 at 9:01 pm

    salam cikgu..minta izin ambik rpt n nota..tima kasih

    Mariati Mustapa said:
    December 20, 2012 at 9:22 am

    Terima kasih dan minta dihalalkan mudah-mudahan dipanjangkan umur dan diberikan kelebihan ilmu untuk dikongsikan.

    nani said:
    December 27, 2012 at 8:35 pm

    Assalamualaikum…saya ingin meminta izin untuk emuat turun bahan-bahan yang terdapat dalam blog cikgu…minta halal…:-) semoga cikgu sentiasa sihat selalu…terima kasih

    SU said:
    December 28, 2012 at 1:15 am

    KENAPA RPT F3 TIDAK ADA?:(

    aleesya said:
    December 31, 2012 at 7:58 pm

    terima kasih banyak info yang terdapat di dalam blog ini sangant berguna kepada saya guru yang bukan opsyen mengajar bm

    azie said:
    January 5, 2013 at 10:10 am

    assalamualaikum ckg..mohon share maklumat ckg..terima kasih daun keladi =)

    penchinta bahasa said:
    January 6, 2013 at 4:17 pm

    assalammualaikum cikgu…tahniah atas usaha murni ini. izinkan saya mengembangkan lagi ilmu ini. semoga Allah swt merahmati pengorbanan cikgu dan membalas jasa cikgu. Amin…

    eynas said:
    January 6, 2013 at 4:25 pm

    Assalamualaikum wbt. Harap dapat halalkan bahan yang saya ambil dari blog ini. Semoga Allah swt sahaja yg dapat membalasnya. Terima ksih.

      lamanbahasa responded:
      January 12, 2013 at 11:36 am

      Waalaikummmussalam…

    jun said:
    January 8, 2013 at 10:52 pm

    info yang sangat berguna….. terima kasih atas perkongsian ilmu di sini… Mohon share bahan. terima kasih

    Mie said:
    January 10, 2013 at 1:14 pm

    assalamualaikum cikgu… mohon dihalalkan perkongsian ilmu yang diberikan oleh cikgu… terima kasih

    HamyKitty said:
    January 16, 2013 at 12:37 am

    Assalam…mohon halal bhn yg dimuat turun. Tk…moga pahala berpanjangan buat cikgu.

    harlina said:
    February 23, 2013 at 4:08 pm

    Alhamdulillah….info yg bnyk mmbntu saya dlm pdp.

    Rohani said:
    March 4, 2013 at 6:34 pm

    Assalamualaikum…mohon izin untuk menggunakan segala maklumat dari blog saudara.Saya ucapkan ribuan terima kasih. Semoga usaha murni saudara ini dirahmati Allah s.w.t.

    roz said:
    March 25, 2013 at 9:19 pm

    Ribuan terima kasih diucapkan kerana saya telah menggunakan l maklumat RPT tingkatan 4 dan 5 yang disediakan oleh saudara.

    sangeetah said:
    May 11, 2013 at 10:19 pm

    thank you very much sir god always help people who are soooo helpful like sir…..

    ainamaliha said:
    September 2, 2013 at 5:37 pm

    nota dan input Bahasa Melayu yang padat dan bermanfaat dalam P&P..Terima kasih cikgu…

    Rahayu bt. Razali said:
    September 19, 2013 at 11:13 am

    Terima kasih cikgu. Bahan-bahan yang banyak membantu.

    Dhiyaurrahman Afiq said:
    September 20, 2013 at 10:18 pm

    SUBHANALLAH..SAYA BANGGA KERANA ADA ORANG YANG MEMUDAHKAN KERJA ORANG LAIN. SENANG JE DOWNLOAD BARANG..SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN URUSAN CIKGU DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMIN…

    Siti Aishah said:
    September 21, 2013 at 4:28 pm

    Salam .Terima kasih atas semua sumbangan cikgu untuk membantu kami guru-guru bahasa Melayu.Allah jua yang akan membalas jasa cikgu.

    Nor'ani Johari said:
    September 26, 2013 at 6:31 pm

    Subhanallah.. syukran jazakallah. info-info yang banyak membantu saya, semoga segala usaha cikgu dipermudahkan dan sentiasa dirahmati Allah d dunia dan d akhirat. Aaamiiin.

    elsyhenry said:
    November 13, 2013 at 10:33 am

    terima kasih cikgu…walaupun bkan berbangsa melayu tapi saya bangsa dapat mengajar bahasa melayu..byk info yg berguna untk pdp dan pelajar…tahniah.

    nur ezwatie said:
    November 14, 2013 at 10:53 pm

    As salam..minta kebenaran untuk “download” bahan..

    amar said:
    November 18, 2013 at 10:56 pm

    Salam..Izinkan saya mengambil nota di atas untuk rujukan saya..Terima kasih

    nora said:
    December 4, 2013 at 7:29 am

    Salam..mohon halal ilmu yang saya download

    Khairida Mohamad said:
    December 25, 2013 at 4:20 pm

    Terima kasih kerana mewujudkan perkongsian yang amat bermakna ini. Perkongsian seperti ini amat membantu guru-guru bahasa Melayu seluruh Malaysia. Terima kasih sekali lagi.

    Roosezah said:
    December 28, 2013 at 10:52 pm

    Salam. Terima kasih atas perkongsian bahan dan ilmu. Semoga cikgu sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan dipermudahkan segala urusan…mohon izin menggunakan bahan-bahan pdp di sini..terima kasih.

    Alia Maisara said:
    December 29, 2013 at 3:41 pm

    thanks cikgu, laman ini banyak membantu saya sebagai guru bahasa..

    anuar said:
    December 30, 2013 at 10:54 am

    Assalamualaikum, minta izin muat turun nota. Semoga usaha murni cgu ini dapat ganjaran pahala daripada Allah. Terima kasih.

    noraidah abd ghani said:
    December 30, 2013 at 11:34 pm

    SALAM DIN, AKAK AMBIK RPT TING 5 HARI INI, TERIMA KASIH…

    Hamidah said:
    January 1, 2014 at 9:42 pm

    Salam..cikgu, izinkan saya menggunakan bahan-bahan yang cikgu paparkan di laman bahasa cikgu ini…saya diamanahkan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu..terima kasih banyak-banyak cikgu..

    CIKGU IDA PS said:
    January 4, 2014 at 9:22 pm

    TERIMA KASIH KEPADA CIKGU KERANA BLOG INI BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA SAYA YANG BARU MENGAJAR BM WALAUPUN BUKAN OPSYEN. SYABAS DIUCAPKAN ATAS USAHA CIKGU INI.

    suraya Maruwi said:
    January 29, 2014 at 11:11 am

    terima kasih cikgu..moga Allah sahaja yang akan memberi ganjarannya atas usaha cikgu yang memberi manfaat kp org lain

    muslihah said:
    February 6, 2014 at 6:45 am

    web site ini meberi byk info2 sebagai cikgu bm….tahniah atas usaha anda..

    saleh said:
    February 10, 2014 at 9:48 am

    terima kasih banyak2 cikgu kerana bnyk membantu. sy bidang ekonomi tetapi diarahkan mengajar BM. blog ini bnyk membantu sy.. sy akan cb guna sebaik mungkin.. terima kasih bnyk2

    Cikgu Saodah said:
    February 21, 2014 at 5:39 pm

    Terima kasih atas ilmu bahasa yang tidak ternilai ini.

    Cikgu roziah said:
    April 4, 2014 at 12:34 am

    assalamualaikum, mohon perkongsian maklumat tatabahasa

    mahizan aziz said:
    August 14, 2014 at 11:04 am

    Assalamualaikum…terima kasih kerana perkongsian ilmu ini. Saya mohon kebenaran drpd cikgu untuk saya gunakan bahan ini. Moga cikgu terus berjaya.

    sharifah said:
    August 19, 2014 at 6:15 pm

    Assalam…syukran diatas perkongsiaan ilmu tuan… semoga Allah S.W.T merahmati…. cadangan saya 1) pemilihan warna dan tulisan Power point yang lebih menarik

      mohd nawi said:
      January 10, 2015 at 1:32 pm

      syukur alhamudillah. semoga cikgu sentiasa dirahmai ALLAH sokmo

    haji alias said:
    October 27, 2014 at 9:36 pm

    semoga usaha tuan menjadi amal jariah yang diganjari Allah S.W.T…ambo mohon guna bahan tuan

    Elizabeth said:
    December 11, 2014 at 9:49 am

    Selamat pagi tuan.Tahniah atas usaha murni tuan ini. Banyak ilmu yang berguna.Saya suka laman tuan ini. Izinkan saya guna bahan-bahan ini.Terima kasih

    faridah said:
    December 30, 2014 at 4:31 pm

    Assalamualaikum. T.kasih atas perkongsian ilmu.Sy baru diarah mengajar bahasa.Izinkan sy menggunakan bahan-bahan dari blog cikgu. T.kasih

    Chegu BM said:
    January 3, 2015 at 2:30 pm

    asalam..t,kasih kerana menyediakan blog ni. Ia byk membantu saya

    Mariam bt Hussin said:
    January 4, 2015 at 1:09 pm

    Assalam… saya mohon izin ambil nota di sini ye..

    haja said:
    January 7, 2015 at 11:02 pm

    Alhamdulillah dipertemukan dalam blog ni..
    banyak sangat membantu saya..
    mohon untuk download segala rpt ,rph dan nota2 dalam ni…

    aleh said:
    January 8, 2015 at 9:43 pm

    Terima kasih cg

    nalini said:
    August 18, 2015 at 10:44 am

    terima kasih, cikgu. Laman ini sangat berguna.

    sofiah hashim said:
    September 27, 2015 at 8:48 am

    assalam.
    terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu ini. mohon untuk dishare untuk anak-anak pelajar
    terima kasih

    Cikgu Noraini said:
    March 28, 2016 at 10:24 pm

    Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

    Salina said:
    June 22, 2016 at 10:33 am

    Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Semoga rezeki cikgu kian bertambah.

    Rosmah Md Daron said:
    September 6, 2016 at 1:21 pm

    Assalamualaikum Cikgu Shamsudin,

    Saya menggunakan nota-nota yang ada dalam laman cikgu untuk rujukan saya dan pelajar-pelajar.

    Terima kasih cikgu

    aaron said:
    July 27, 2017 at 2:34 am

    assalam cikgu minta izin ambil nota tq

    ROS said:
    November 19, 2017 at 4:53 pm

    TERIMA KASIH SAYA ADA DWLOAD BAHAN ..SEMOGA TUAN SENTIASA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN & SENTIASA DIMURAHKAN REZEKI

    Aznah Kosrin said:
    December 9, 2017 at 9:49 am

    ASSALAM….SAYA MOHON SHARE UNTUK RUJUKAN SAYA DAN PELAJAR

    Mohd Salleh bin Mohd Ali said:
    January 7, 2018 at 10:24 am

    Assalamualaikum Cikgu Shamsudin. Tahniah atas usaha murni cikgu berkongsi ilmu dengan pendidik dan pecinta bahasa seperti kami. Didoakan semoga cikgu diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk meneruskan usaha ini demi memartabatkan bahasa dan bangsa. Mohon kongsi ya cikgu. Terima kasih.

    MUSA KASSIM said:
    May 1, 2018 at 12:36 pm

    AS SALAM..TUAN
    IZIN DAN HALALKAN NOTA DIKONGSIKAN KPD PELAJAR2 SY
    JUTAAN TKASIH..CG

    NURRHAYATI said:
    July 16, 2018 at 2:06 pm

    Terima kasih cikgu kerana sudi berkongsi ilmu. Perkongsian cikgu amat bermakna bagi saya sebagai seorang pelajar yang sedang menjalani praktikal dalam bidang bahasa Melayu. Semoga urusan cikgu dipermudahkan. Amin.

    wan norlida said:
    January 3, 2019 at 12:05 pm

    TERIMA KASIH KEPADA YG MENYUMBANG RPT 2019..CIKGU SHAMSUDIN SAYA MINTA UNTUK GUNA BAHAN YAAA…

    sitiaishahR said:
    January 3, 2019 at 1:31 pm

    assalamualaikum…mohon download utk pdpc saya..terima kasih atas perkongsian ilmu dan bahan pengajaran di blog ini. semoga Allah kurniakan limpahan rezeki.

Leave a Reply to haji alias Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s