Uncategorized
SEMINAR SPM A+ BAHASA MELAYU DAN SEJARAH
Gambar-gambar sekitar seminar yang berlangsung pada 9 Ogos 2015 di USM, Pulau Pinang.
Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta seminar, termasuklah guru-guru yang sanggup menunggu sehingga seminar selesai. Semoga usaha anda ini akan membuahkan kecemerlangan.
Terima kasih.
SEMINAR SPM A+ Bahasa Melayu dan Sejarah
Assalamualaikum wbt.
Satu seminar SPM untuk subjek Bahasa Melayu dan Sejarah akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 9 Ogos 2015
Masa : 8 pagi – 5 petang
Tempat : USM Pulau Pinang
Yuran Penyertaan : RM60.00
Tempat Terhad : Sila hubungi urus setia seminar segera untuk tempahan tempat.
Maklumat Lain : Sila rujuk brosur di bawah ini:
CERAMAH TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM
Gambar-gambar yang sempat penulis ambil sepanjang ceramah berlangsung:
SMK PERMATANG RAWA, BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG (9 MEI 2015)
SMK PENGKALAN LEBAI MAN, SUNGAI PETANI, KEDAH (16 MEI 2015)
SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG (23 MEI 2015)
SMT TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, PULAU PINANG (9 JUN 2015)
SMK AMAN JAYA, SUNGAI PETANI, KEDAH (10 JUN 2015)
CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SPM BAHASA MELAYU 2
CERAMAH TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU 2
TARIKH : 5 APRIL 2015 (AHAD)
TEMPAT : SMK ALOR MERAH, ALOR SETAR.
CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN BM 2 SPM
Assalamualaikum,
Agak lama saya tidak ‘updated’ laman bahasa. Sibuk, sibuk dan sibuk menjadi alasan yang klise tetapi itulah jawabannya.
Pada hari ini, 1 Mac 2015, saya mendapat jemputan untuk memberi ceramah teknik menjawab bm 2 di SMK DATO BIJAYA SETIA, Sg. Petani, Kedah. Berikut beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang ceramah berlangsung. Tahniah kepada murid-murid Ting 5 yang setia mendengar perkongsian maklumat yang penulis berikan.
2014 in review
The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2014 annual report for this blog.
Here’s an excerpt:
The Louvre Museum has 8.5 million visitors per year. This blog was viewed about 540,000 times in 2014. If it were an exhibit at the Louvre Museum, it would take about 23 days for that many people to see it.
KOLEKSI BANK SOALAN PERCUBAAN PT3 DAN SPM
Assalamualaikum w.b.t
Saya ingin menarik perhatian tuan/puan berhubung soalan percubaan PT3 dan soalan percubaan SPM.
Saya amat mengalu-alukan sumbangan soalan tersebut agar dapat dikongsikan dalam laman bahasa.
Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan mempunyai koleksi soalan yang berkenaan, bolehlah sumbangkan soalan itu kepada saya melalui e-mel ataupun pos.
E-mel : bpjsp04@yahoo.com
Alamat : SAMSUDIN BIN SARIF
SMK KEPALA BATAS, 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG.
Saya menerima semua soalan sama ada peperiksaan percubaan peringkat sekolah mahupun percubaan bersama.
Sumbangan tuan/puan itu didahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh semua murid/guru. Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan dikira sebagai sedekah jariah yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain. In sha Allah.
Terima kasih.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)
Definisi:
Rancangan Pelajaran harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. (SPI Bil. 3/1999)
Perkara dalam Rancangan Pelajaran Harian
a. Tarikh
b. Hari
c. Waktu
d. Tingkatan
e. Mata Pelajaran
f. Tajuk
g. Objektif / Hasil Pembelajaran
h. Aras
i. Nilai Murni
j. Kandungan
k. Aktiviti
l. Impak / refleksi.
Ulasan Ringkas Perkara dalam RPH
1. Objektif / Hasil Pembelajaran
- dinyatakan secara khusus (HPK)
- merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran
- menggunakan ayat sendiri
- objektif dibina dengan merujuk kepada HPK
- objektif jelas dan dapat diukur
- satu daripada objektif berkaitan dengan pengajaran sistem tatabahasa.
- bersesuaian dengan tajuk.
2. Aras
- kemahiran berbahasa yang meliputi Aras 1, Aras 2 dan Aras 3 (rujuki HSP)
3. Nilai Murni
- berfokuskan satu nilai atau lebih
- meliputi aspek peribadi, keluarga, masyarakat, negara atau global.
4. Kandungan
- berkaitan dengan sistem bahasa yang berfokuskan pengajaran dan pembelajaran (P dan P)
- kandungannya terdiri daripada tatabahasa (morfologi, sintaksis, fonetik dan fonologi, semantik)
- sebutan dan intonasi juga merupakan sebahagian daripada sistem bahasa
5. Aktiviti
- proses P dan P bertujuan untuk mencapai objektif.
- perlu ditulis secara ringkas dan padat.
- merangkumi set induksi, perkembangan langkah dan penutupan.
- set induksi bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap P dan P.
6. Impak / refleksi
- penilaian atau pengukuran dalam pencapaian objektif P dan P.
- penilaian guru terhadap prestasi P dan P yang telah dijalankan.
- menjadi asas perancangan P dan P seterusnya.
- impak ialah kesan yang diharapkan tercapai (objektif)
- refleksi ialah penilaian guru terhadap P dan P yang telah dijalankan.
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT)
Definisi:
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (SPI Bil. 3/1999)
Ciri utama RPT:
a. Berdasarkan Sukatan Pelajaran.
b. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.
c. Merangkumi sepanjang tahun.
d. Diolah mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid.
e. Disusun berdasarkan takwim sekolah.
Perkara dalam Lajur Rancangan Pelajaran Tahunan
a. Kelompok : Masa pelaksanaan (tiga hingga empat minggu)
b. Tema dan tajuk.
c. Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)
d. Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.
e. Catatan :
- peperiksaan / ujian bulanan
- cuti sekolah
- program / aktiviti sekolah
- laman web
- bahan bantu belajar/mengajar, lembaran pengurusan grafik (LPG).
- hari sukan dan yang lain-lain.
2013 in review
The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2013 annual report for this blog.
Here’s an excerpt:
The Louvre Museum has 8.5 million visitors per year. This blog was viewed about 580,000 times in 2013. If it were an exhibit at the Louvre Museum, it would take about 25 days for that many people to see it.
- ← Previous
- 1
- 2
- 3
- …
- 9
- Next →