Uncategorized

JERAYAWARA KOMSAS – NOVEL KEMBARA AMIRA

Posted on Updated on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Penulis turut menghadiri Jerayawara Komsas Novel Kembara Amira yang telah diadakan di SMK Paya Keladi, SPU pada 15/4/2011. Penulis novel Kembara Amira iaitu Amer Hmzah L. Kadir telah memberikan kupasan tentang novel yang ditulisnya. Menarik kerana penulis novel itu sendiri telah memberikan ceramah mengikut sisinya sendiri, dan sebagai pembaca dan guru sudah tentu banyak manfaat telah diperoleh. Terima kasih kepada penganjur SMK Paya Keladi dan DBP Wilayah Utara.

SPM 2010 – CALON CEMERLANG PULAU PINANG

Posted on

        CALON CEMERLANG SEMUA A+ SPM 2010 – PULAU PINANG.

Bil Nama Calon Sekolah
1 Chow Chee Shoon SMJK Chung Ling Butterworth
2 Aliaa Shafinas Bt Mohd Don SMKA Al Irshad
3 Ang Yee Theng SMJK (P) China Pulau Pinang
4 Chuah Ying Qi SMJK Chung Ling Butterworth
5 Carmen Khoo Yi Lyn SMK (P) Methodist
6 Amery Seow Su Yin SMK (P) St George
7 Krystin Keh Xing Hui SMK (P) St George
8 Pavitra A/P Ramakrishnan SMK Convent Butterworth
9 Liew Mei Rin SMK Convent Butterworth
10 Kwang Cheng Mun SMK Convent Green Lane
11 Ooi Xing Ying SMK Convent Green Lane
12 Azreennisa Bt Abdul Haleem SMK Convent Lebuh Light
13 Dharishaanth A/L Siva Shanmugam SMK Dato Onn
14 Nor Atiqah Bt Nor Khalid SMK Kepala Batas
15 Kiren Raj A/L Jaikumar SMK Methodist Nibong Tebal
16 Muhammad Sajid Nabiel Bin Waheed Rahman SMK Penang Free
17 Liew Juan Kwong SMK St Xavier
18 Mok Mun Jeng SMK Tinggi Bukit Mertajam
19 Koh Su Ann SMK (P) Methodist
20 Koay Wai Lean SMK (P) Methodist
21 Tania Loke Suat Mei SMK Bukit Jambul
22 Chelsea Khor Wen Phing SMK Convent BM
23 Chuah Yun Fen SMK Convent Green Lane
24 Lim Xin Yi SMK Convent Green Lane
25 Vivian Teh Min Mi SMK Convent Lebuh Light

TAHNIAH!!!

4 SASTERAWAN PERTAHAN INTERLOK

Posted on Updated on

4 sasterawan pertahan Interlok
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/03/09

Teks sastera bukan dokumen rasmi pemerintah perlu dirapi atau diperindah

KUALA LUMPUR: Empat Sasterawan Negara mempertahankan novel Interlok yang menerima bantahan terutama oleh kaum India sehingga dijadikan isu politik dengan menegaskan teks sastera tidak boleh disamakan dengan teks politik, sejarah atau geografi.

Mereka berpendapat, ini kerana hasil sastera adalah mengenai jiwa, perasaan, nilai serta kepentingan dalam konteks zaman dan sejarah.

Selain itu, teks sastera bukan dokumen rasmi pemerintah yang perlu dirapikan atau diperindahkan sebelum disebar kepada orang ramai kerana ia dihasilkan berdasarkan hakikat kehidupan yang tidak semuanya rapi dan cantik.

Perkara itu ditegaskan Profesor Dr Tan Sri Muhammad Salleh, Datuk Dr Anwar Ridhwan, Datuk Shahnon Ahmad dan Tan Sri Noordin Hassan dalam kenyataan media bersama yang diedarkan semalam.

“Marilah kita rakyat Malaysia, membaca sastera dari pendekatan sastera dan menghormatinya secara wajar dan pintar, supaya dapat kita kutip pemikiran dan kearifan sasterawan kita.

“Benarkan penulis kita melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawan untuk menulis, berfikir dan berpendirian,” kata kenyataan itu yang mempertahankan karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein.
Kontroversi timbul selepas Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks komponen sastera (KOMSAS) Tingkatan Lima bermula tahun ini kerana didakwa mempunyai perkataan yang menyinggung perasaan kaum India.

Beberapa pertubuhan mewakili masyarakat India termasuk MIC menggesa supaya buku itu ditarik balik dan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran bagi mencari penyelesaian.

Januari lalu, kerajaan memutuskan membuat pindaan pada kandungan novel berkenaan dan akan terus digunakan sebagai teks KOMSAS. Bagaimanapun, masih ada pihak cuba membangkitkan isu itu apabila pertubuhan tidak sah, Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) mengadakan de-monstrasi di ibu negara bagi membantah penggunaan Interlok di sekolah.

Kumpulan Sasterawan Negara itu juga berkata, jika pengarang terus didesak mengubah karya asal mereka , selain perubahan hanya membabitkan satu kaum dan tidak pada kaum lain, karya berkenaan tidak lagi seimbang dan benar.

“Kami tidak melihat masalah pada istilah dan lukisan yang digambarkan pengarang dan kami tidak mengesan tujuan menghina mana-mana kaum,” katanya.

Mereka juga berpendapat ramai yang menganggap pelajar kurang mampu menilai apa yang dibaca, sedangkan mereka sudah dituntut dan dilatih untuk membuat pertimbangan, memilih dan membuat kesimpulan sendiri. Sasterawan Negara turut kesal kerana parti politik Melayu tidak memberi sokongan kepada Abdullah dalam isu berkenaan.

SBT 2011

Posted on Updated on

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2011 yang baru diumumkan terdiri daripada 13 buah sekolah menengah dan 10 buah sekolah rendah.

SEKOLAH MENENGAH:

Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan; Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.

SEKOLAH RENDAH:

SK Ulu Lubai (Sarawak), SK Convent Muar (Johor), SK Seri Biram (Pahang), SK Sultan Ahmad Tajuddin (Kedah), SK Setiawangsa (KL), SK (P) Methodist Kuantan (Pahang), SK Sultan Ismail (Terengganu), SK Jalan Tiga (Selangor), SJKC Perempuan Cina (Pulau Pinang) dan SJKC Lick Hung (Selangor).

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE

Posted on Updated on

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

 

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine¡¦s Day atau Hari Memperingati Kekasih dilihat sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaikdan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bungaros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempatsehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untukmembuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari sambutan HariValentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu adalah penting untuk kitasemua menyelami sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut dalam lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agamaRom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam mahupun masyarakat Melayu malah hukum menyambutnya adalah haram.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 3 pendapat berkaitan dengannya.

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini. Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dilihat sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untukmembuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari sambutan Hari Valentine ini namun  seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu adalah penting untuk kita semua menyelami sejarah sambutan Hari Valentine ini agar  dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut dalam lautan cinta bahawa  sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam mahupun masyarakat Melayu malah hukum menyambutnya adalah haram.

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 3 pendapat berkaitan dengannya.

“« Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara
rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

“« Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.  Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu) . Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine. Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St . Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat ketiga menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung tersebut jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada  hubung kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam mahupun adat resam bangsa Melayu.

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. al-Hajj : 67 Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. – Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya golongan kafir yang bercanggah dengan syarak dan bagi mereka yang meniru budaya orang kafir tersebut ditakuti  mereka akan tergolong dalam golongan tersebut.  Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. – Hadis  riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.  Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah dipaparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-¡¥Utsaimin r.h berkata: ¡§Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan  satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). al-Israa 32 . Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)”. Al- Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik agar diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba- hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. ( al-Hijr (15) : 39-403)

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam dan hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

KESIMPULAN

Kesimpulannya dapat kita rumuskan bahawa sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia ini menyambut Hari Valentine bertujuan untuk meniru budaya hedonis yang diimport dari barat. Menurut mereka budaya barat yang sedemikian rupa mencerminkan corak hidup terkini dan paling sesuai pada zaman yang serba moden. Mereka yang terkebelakang dalam meniru corak hidup barat ini dianggap jumud serta ketinggalan
zaman. Maka kita melihat generasi muda umat Islam berebut-rebut untuk mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh mereka, memperagakan pelbagai fesyen rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi. Bagi mereka dengan mengamalkan cara hidup sedemikian rupa, mereka telah berjaya meniru satu kaum yang dianggap serba maju. Sedarlah wahai pemuda-pemudi Islam, walau sehebat mana kamu meniru gaya hidup barat, mereka tetap melihat kamu sebagai orang Asia yang datang dari dunia ke 3 yang rendah martabatnya berbanding dengan mereka. Mereka tidak akan melihat kamu sekalian sebagai setaraf dengan mereka walaupun kamu bersungguh-sunguh ingin mencontohi cara hidup mereka.

Oleh itu hendaklah umat Islam merasa bangga terhadap agama dianutinya serta syiar-syiar yang berkaitan dengannya. Janganlah kita menjadi umat yang tidak mempunyai pegangan lantas mudah terikut-ikut dengan budaya-budaya asing yang cuba ditanamkan di tengah-tengah masyarakat kita dengan tujuan untuk menyesatkan kita. Janganlah kita terlalu dikelabui dengan kehidupan duniawi yang berkiblatkan barat seperti sambutan Hari Valentine ini. Firman Allah S.W.T.: “Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu  sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.” Surah al-Ghaafir: 39

KOMSAS

Posted on

Bahan-bahan terbaharu telah dimasukkan. Nota-nota dan modul-modul terpilih telah disediakan untuk anda yang belum memilikinya.  Sila buka pada ruangan KOMSAS untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

SENARAI JUDUL TEKS BAHARU KOMSAS 2011

Posted on Updated on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Berikut merupakan judul teks baharu Komsas untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 5:

SENARAI JUDUL TEKS BAHARU KOMSAS

TINGKATAN 2

NOVEL:

BIL NOVEL ZON
1 Erti Sebuah Pengorbanan Zon 1: (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak)
2 Wira Pesona Avatari Zon 2: (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan)
3 Lestari Bukit Menghijau Zon 3: (Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan)
4 Di Sebalik Wajah Zon 4: (Johor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan)

 

ANTOLOGI KOMSAS – GEMA SEPI GADIS GENIUS

GENRE JUDUL
Puisi Tradisional
  • Pantun Dua Kerat (nasihat)
  • Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)
  • Pantun Agama
  • Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
  • Perang Saudara di Pahang
  • Syair Mendapat Gemala Naga
Sajak
  • Persahabatan
  • Hari Guru
  • Burung-burung Pagi
  • Ketenangan
  • Sajak Laut
  • Warkah Kepada Generasi
Prosa Tradisional
  • Raja Muda
  • Hikayat Daeng Upu Menambun
  • Hikayat Inderaputera
  • Hikayat Anggun Cik Tunggal
Cerpen
  • Anak Penggunting Rambut
  • Cepa Rengat
  • Dendam
  • Maafku Pinta
  • Gema Sepi Gadis Genius
  • Warkah Daripada Ibu
Drama
  • Hemodialisis
  • Inflakasta
  • Di Sini Bakti Bersemadi

 

TINGKATAN 5

NOVEL:

BIL NOVEL ZON
1 Kembara Amira Zon 1: (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak)
2 Interlok Zon 2: (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan)
3 Sutera Dalam Lukisan Zon 3: (Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan)
4 Kabus di Perbukitan Zon 4: (Johor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan)

 

ANTOLOGI KOMSAS – DIRGAHAYU BAHASAKU

GENRE JUDUL
Puisi Tradisional
  • Pantun Empat Kerat
  • Pantun Lapan Kerat
  • Syair Makna Riak
  • Syair Pemberontakan Patani
  • Gurindam Tonggak Dua Belas
  • Seloka Si Lunchai
Sajak
  • Dirgahayu Bahasaku
  • Kecek (V)
  • Bangkitlah
  • Pasar Perasaan
  • Di Bawah Langit yang Sama
  • Arkitek Kota
Prosa Tradisional
  • Hikayat Langlang Buana
  • Hikayat Siak
  • Dua Geliga Hikmat
  • Hikayat Daeng Upu Menambun
Cerpen
  • Pahlawan Buntung
  • Pungut Alias, Zahara Alias Yap Siew Hong
  • Idola
  • Penanggungan
  • Hutan Rimba
  • Tanggar Amanat
Drama
  • Tiang Cengal Dinding Sayung
  • 1400
  • Dato’ Onn

Keputusan PMR 2010

Posted on

Hari ini 23 Disember 2010, keputusan PMR 2010 telah diumumkan. Tahniah kepada calon-calon PMR yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Teruskan kecemerlangan anda. Kepada calon-calon yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, jangan berputus asa, cuba lagi.

Subhanallah…

Posted on Updated on

Banjir di Kedah

Letusan Gunung Merapi di Indonesia…