Uncategorized

SELAMAT HARI GURU 2010

Posted on Updated on

 

SELAMAT HARI GURU…

 Kami Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

 TEMA HARI GURU 2010 : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Lirik Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Gunakan istilah yang betul…

Posted on

Pastikan anda menggunakan istilah yang betul dalam bahasa Melayu.

PADANAN ISTILAH BAHASA INGGERIS DENGAN BAHASA MELAYU YANG TEPAT

BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU
affordable house

apartel (apartment hotel)

apartment

back-drop

barbecue

bungee jumping

café

cafeteria

canopy walkway

cash and carry

catering

cellular communication

check-in

check-out

chief executive officer

civil society

clearance sale

coffee garden

coffee house

coffee shop

coffee table book

coffee terrace

condominium

consumer friendly

corporate governance

countdown

country living

cub cross

cybercafé

cyber camp

cyber entrepreneur

cyber fair

digital cash

dry kitchen

e-commerce

electronic wallet

e-mail

environment friendly

facial scrub

feeder bus

fitting room

flat

franchisee

franchisor

front office

function room

hillside mansions

home education

home entertainment

homepage

home theatre set

home stay

homestead

hypermarket

information literacy

intelligent building

jumbo sale

kiosk

lakeside

lounge

megamall

mock cheque

motor cross

net addict

paperless government

park and ride

Parkview

penthouse

pre-paid ticket

resort

resort apartment

risk management

road show

server

shop and pay

convoy

millennium bug

covering letter

nugget

rumah mampu milik

hotel pangsapuri

pangsapuri

latar pentas

barbeku

terjun lelabah

kafe

kafeteria

denai kanopi, laluan kanopi

bayar dan bawa

sajian, penyajian, katering

komunikasi selular

daftar masuk

daftar keluar

ketua pegawai eksekutif

masyarakat madani

jualan perabis

ujana kopi

lamin kopi

kedai kopi

buku mewah

anjung kopi

kondominium

mesra pengguna

tadbir urus korporat

kira detik

kehidupan desa

lumba motor lasak

kafe siber

kem siber

usahawan siber

pameran siber, pesta siber

wang digital

dapur kering

e-dagang, dagang elektronik

dompet elektronik

e-mel, mel elektronik

mesra alam

penyental muka

bas pengantara

bilik acu

rumah pangsa

penerima francais, francaisi

pemberi francais, francaisor

pejabat depan

bilik majlis

puri lereng bukit

didikan rumah

hiburan rumah

laman

set pawagam rumah

pelancongan desa

teratak desa

pasar raya besar

celik maklumat

bangunan pintar

jualan raksasa

kios, pondok

pinggir tasik

peristirahatan

megapura

cek contoh, cek cura

lumba kereta lasak

gila internet

kerajaan tanpa kertas

letak dan naik

hadap taman, hala taman

megapuri

tiket prabayar

penginapan, persantaian

pangsapuri peranginan

pengurusan berisiko

jerayawara

pelayan

beli dan bayar

konvoi

pepijat alaf

surat iringan

nuget

SELAMAT HARI IBU…

Posted on Updated on

 

9 MEI 2010

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU…

KHASNYA UNTUK IBUKU YANG TELAH PULANG KE PANGKUAN-NYA. SEMOGA ROHNYA BERADA DALAM KALANGAN UMAT YANG BERIMAN. AL-FATIHAH.

ISTIMEWANYA KEPADA ISTERIKU YANG MENJADI IBU KEPADA ANAK-ANAKKU…

SELAMAT HARI IBU…

NKRA KPM

Posted on Updated on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada KPM. Bidang keutamaan yang dikenal pasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah – peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas dalam pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi – semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi – usaha KPM membangunkan 100 buah ‘high performance schools’ termasuk ‘trust schools’ pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar – Bai’ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan ‘performance based assessment’ mulai tahun 2010.

Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa KPI:

a. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa (Sekolah Menengah 1 : 17, Sekolah Rendah 1 : 16)

b. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

c. Peratus peningkatan sebanyak 1% setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M)

Apa Khabar?

Posted on

Agak lama juga saya tidak menambahkan bahan-bahan baharu dalam blog ini.  Belakangan ini banyak kekangan yang menyebabkan saya tidak dapat menyelitkan sesuatu yang terkini untuk anda. Kesibukan akhir-akhir ini agak luar biasa. Hal-hal remeh yang perlu disiapkan hampir-hampir membuang masa yang berharga.  Dua kajian tindakan yang dirancang belum lagi nampak hasilnya kerana hal-hal remeh seperti tugas-tugas bukan mengajar yang kadangkala nampak membebankan walaupun tidak serumit mana. Saya amat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji bebanan tugas guru di sekolah-sekolah. Tugas-tugas renyah inilah yang sering mengganggu tugas hakiki seorang guru. Tugas-tugas sebeginilah yang sering membuatkan saya tidak dapat merancang aktiviti P&P dengan baik sehinggakan kadang-kadang terpaksa masuk ke dalam kelas tanpa persediaan yang secukupnya. Paling menyedihkan, buku rekod mengajar tidak sempat ditulis dengan sewajarnya dek kesibukan melaksanakan tugas-tugas tambahan yang nampaknya kelihatan menjadi tugas utama! Saya berpendapat bahawa saudara dan saudari juga menghadapi situasi yang sama. Fenomena ini bukan berlaku di mana-mana sekolah tertentu sahaja, malahan hampir semua sekolah di negara kita menghadapi situasi yang sama. Saya tidak pasti situasi di sekolah berasrama penuh ataupun di MRSM atau di SBT? KPM harus bertindak segera! Tapi… untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang beban kerja guru, pihak KPM tidak perlu bertanya kepada Pengarah Pelajaran Negeri… atau pegawai PPD atau Pengetua/Guru Besar. Sebabnya….mereka sebenarnya tidak berapa tahu tentang BEBAN kerja guru. KPM seharusnya turun padang dan langsung berjumpa dengan guru-guru untuk menilai sejauh manakah BEBAN yang dimaksudkan itu?

Kata Majmuk

Posted on Updated on

Sekolah Berprestasi Tinggi

Posted on Updated on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Misi untuk mengangkat sekolah di negara ini ke tahap dunia merupakan antara matlamat kerajaan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).  SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Sehubungan dengan itu, pemilihan kumpulan pertama 20 buah SBT yang menyaksikan Pengetua dan Guru Besar telah diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan. 20 buah SBT yang diumumkan tersebut terdiri daripada sepuluh buah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan. Senarai penuh SBT tersebut adalah seperti berikut:

1.  SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2.  Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3.  Sekolah Dato’ Abbdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4.  Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5.  Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6.  SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7.  Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra Kedah.

8.  Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9.  Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

12. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis.

13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.

15. SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur,

16. SK Zainab (2), Kota Bahru, Kelantan.

17. SK Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur.

18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.

19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Laman Sosial

Posted on Updated on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuti sekolah ini, tidak  banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Selain memenuhi undangan kenduri kahwin, penulis juga kerap melayari Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan yang lain. Penulis perhatikan, rata-rata pengunjung Facebook menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dan berhubung dengan rakan-rakan mereka. Selain dapat mengeratkan tali persahabatan, Facebook juga boleh digunakan untuk propaganda memartabatkan bahasa khususnya bahasa Melayu. Kepada saudara dan saudari yang kerap melayari Facebook, penulis cadangkan agar isu bahasa diperdebatkan dalam laman sembang ini agar semua pengguna Facebook menyedari bahawa bahasa kebangsaan ini semestinya digunakan dengan baik dan dipelihara struktur ayatnya dan dijamin kesantunannya ketika berbahasa. Janganlah ‘merojakkan’ atau menambahkan kecelaruan ketika menggunakan bahasa ini. Saya percaya, bahasa yang indah itu wajar digunakan dengan baik untuk menjamin keindahannya.

Orang luar dan bahasa Melayu

Posted on Updated on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada 5 Mac 2010 berlangsungnya Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri peringkat akhir. Pidato antarabangsa ini disertai oleh 56 peserta dari 51 buah negara dan merupakan penyertaan yang terbesar pernah disaksikan semenjak dianjurkan sebelum ini. Sebagai seorang peminat bahasa Melayu,  penulis berasa amat berbangga menonton siaran langsung Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ini kerana bahasa kita dituturkan oleh orang asing dengan begitu baik sekali, sehingga dirasakan bahawa pertuturan orang asing lebih baik berbanding dengan bangsa Melayu sendiri. Kalau saudara dan saudara menonton siaran langsung tersebut, saya berpendapat bahawa saudara dan saudari juga sependapat dengan saya. Mereka mampu menggunakan bahasa Melayu dengan baik walaupun bahasa ini merupakan bahasa yang asing untuk mereka. Misalnya, kejayaan peserta negara China, Zhang Song yang menjuarai kategori antarabangsa amat mengujakan. Beliau mampu bertutur dengan fasih sekali. Begitu juga dengan peserta dari Rusia, Olga Vasilevskaya yang menjadi naib johan yang begitu fasih berbahasa Melayu. Olga difahamkan telah melanjutkan pengajian peringkat sarjana di negara kita selepas memenangi pertandingan pidato antarabangsa pada tahun 2007.  Begitulah kesungguhan orang asing belajar bahasa Melayu sedangkan masih banyak lagi rakyat Malaysia yang masih gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik walaupun dilahirkan di negara ini. Sedangkan bangsa-bangsa yang berhijrah mencari rezeki di negara ini seperti Bangladesh dan Nepal dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik dalam masa yang singkat sahaja.

 Cubalah saudara dan saudari renungkan dan apakah puncanya yang menyebabkan hal ini boleh berlaku terhadap bahasa kita?

Duit?

Posted on Updated on

 

Tahun ini menjadi sejarah kerana banyak program tidak dapat dilaksanakan kerana tidak ada peruntukan. Apakah yang berlaku sebenarnya tidaklah diketahui? Tidak kedengaran lagi guru berkursus di mana-mana atau menghadiri mesyuarat di hotel. Sehingga artikel ini ditulis, aktiviti kokurikulum akademik bahasa seperti pertandingan bahas, pantun, pidato, dan forum remaja tampaknya sunyi sahaja tahun ini. Agak malang sekiranya perkara ini dibiarkan kerana murid-murid tidak dapat melibatkan diri dalam acara-acara tahunan ini. Kritikal sangatkah masalah kewangan yang dihadapi oleh negara kita? Apa-apapun, kita tunggu dan lihat sahaja sama ada hal ini akan berlarutan atau dapat disolusikan dengan berkesan.

KALAU TIDAK DAPAT KE MANA-MANA LAGI, TUMPUKAN PERHATIAN SAUDARA/I DALAM P&P DI SEKOLAH MASING-MASING.  BAGUS JUGA TU!!!