Latest Event Updates

Komsas 2010

Posted on

Mulai tahun 2010 murid-murid Tingkatan 1 dan 4 akan menggunakan teks antologi baharu yang terdiri daripada antologi ‘Harga Remaja’ untuk Tingkatan 4 dan ‘Kasut Kelopak Jantung’ untuk Tingkatan 1. Selain itu, mereka juga akan mengkaji novel-novel baharu mengikut zon masing-masing yang telah ditetapkan seperti berikut:

ZON 1 : PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
Tingkatan 1 – Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal terbitan V. Nice Resources Sdn. Bhd. Tingkatan 4 – Azfa Hanani, karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

ZON 2 : SELANGOR, NEGRI SEMBILAN, WP KUALA LUMPUR & WP PUTRAJAYA
Tingkatan 1 – Sukar Membawa Tuah, karya M.Z. Erlysha, terbitan Rindu Senja Sdn. Bhd.
Tingkatan 4 – Papa…(Akhirnya Kau Tewas Jua), karya Deana Yusof, terbitan Pekan Buku Publications Sdn. Bhd.

ZON 3: MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
Tingkatan 1 – Bukan Duniaku, karya Aida Shahira, terbitan Karya Hartamas Enterprise.
Tingkatan 4 – Renyah, karya Gunawan Mahmood, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

ZON 4: JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WP LABUAN.
Tingkatan 1 – Istana Menanti, karya Abd. Latip Talib, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tingkatan 4 – Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Selamat datang ke laman bahasa

Posted on Updated on

Pertama sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya telah berjaya membina laman sesawang yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan melalui laman sesawang ini, dapatlah saya berkongsi ilmu dan pendapat dengan pelayar-pelayar laman sesawang tentang bahasa Melayu.

Tujuan utama pembinaan laman sesawang ini adalah untuk membantu para murid dan guru untuk sama-sama terus memartabatkan bahasa Melayu agar bahasa ini terus perkasa. Bahasa ini bukan sahaja dipelajari untuk lulus peperiksaan semata-mata, malahan diharapkan sedikit maklumat yang diambil dari laman sesawang ini dapat digunakan untuk meningkatkan lagi kebolehan berbahasa dan menambahkan pengetahuan orang ramai.

Samsudin bin Sarif