Latest Event Updates

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2013

Posted on

selamat-menghadapi-peperiksaanAssalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera dan salam keilmuan kepada semua pengunjung laman bahäsa. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon SPM pada tahun ini yang akan bermula pada 6 November 2013.  Setelah bertungkus lumus belajar, tibalah masanya anda akan diuji untuk menentukan tahap pencapaian masing-masing. Jawablah soalan dengan tenang, insya-Allah kejayaan menjadi milik kalian. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda. Amin.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM. SEMOGA KALIAN BERJAYA DAN TERUS BERJAYA. AMIN.

Cikgu Samsudin Sarif

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.

Posted on

ImageAssalamualaikum w.b.t

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat menjalankan ibadah korban pada tahun ini. Semoga semua amalan yang dilakukan diterima oleh Allah taala. Amin.

Cikgu Samsudin Sarif.

 

Laman bahasa. 

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2013

Posted on

IMG_0465 IMG_0432

Assalamualaikum w.b.t
Bermula tanggal 2 Oktober 2013, calon-calon PMR akan mulai mengambil peperiksaan di sekolah masing-masing. Ayuh, buktikan kecemerlangan anda… Jawab soalan dengan teliti agar tidak melakukan kesilapan yang akan dikesali kelak. Saya beranggapan bahawa anda semua telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini. Setelah berusaha bertungkus lumus, serahkan segalanya kepada Allah yang maha esa.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR.
SEMOGA BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG…. AMIN

Ikhlas
Cikgu Samsudin Sarif
Laman bahasa.

SELAMAT MENGHADAPI UPSR

Posted on

Assalamualaikum. 

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada anak-anak Tahun 6. Semoga anda dapat menjawab dengan tenang dan tepat. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mengambil UPSR, panjatkan doa kepada Allah agar anak-anak kita dipermudah untuk menjawab soalan.  Insya – Allah. 

 

Ikhlas daripada Cikgu Samsudin

Laman bahasa.

 

 

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

Image Posted on

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

Assalamualaikum w.b.t
Peperiksaan percubaan spm telah bermula.
Semoga berjaya dengan cemerlang.
Selamat menjawab.

Cikgu Samsudin.

HARI RAYA AIDILFITRI 1434 H

Posted on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rasulullah saw bersabda, “Apabila tiba Hari Raya Fitrah, berdirilah malaikat di pintu-pintu jalan lalu menyeru, pergilah wahai kaum Muslimin menghadap Tuhan yang pemurah yang memberikan pahala yang banyak, demi sesungguhnya kamu telah diperintahkan untuk melakukan qiamullail maka kamu membuatnya, dan kamu diperintahkan untuk berpuasa pada siangnya maka kamu berpuasa, kamu juga mentaati  Tuhan kamu maka kamu terimalah balasan kamu, maka apabila bersembahyang maka akan menyerulah orang yang menyeru: “Ketahuilah bahawasanya  Tuhan kamu telah mengampunkan kamu dan pulanglah menuju tunggangan kamu dan itu adalah hari menerima balasan dan dinamakan hari itu di langit sebagai hari Aljaizah (hari mendapat ganjaran)”.                                                                                                   (Riwayat Saad bin Aus Al-Ansari)

 

CARA RASULULLAH SAW BERHARI RAYA:

1.   Bertakbir

2.   Lafaz ucapan selamat hari raya dengan ucapan TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA’

3.   Beribadat dan berdoa pada malam Aidilfitri.

4.   Mandi pada pagi hari raya.

5.   Menjamah sedikit makanan sebelum Solat Aidilfitri.

6.   Memakai pakaian indah.

7.   Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

8.   Membawa serta isteri dan anak-anak ke tempat solat hari raya.

9.   Pesanan menyegerakan Zakat Fitrah.

10. Mengerjakan solat Aidilfitri dan mendengar khutbah.

11. Bergembira di hari raya.

12. Mengerjakan puasa enam hari pada bulan Syawal.

 

Wassalam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Posted on

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya ingin mengucapkan TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM (semoga Allah SWT menerima amalan kita) kepada muslimin dan muslimat yang melayari laman bahasa.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Cikgu Samsudin.

kad hari raya

PBS – Band 6

Posted on Updated on

Assalamualaikum w.b.t….

Semua sudah sedia maklum, pentaksiran PBS versi baharu ini melibatkan pemberian band satu hingga band enam.  Band asas iaitu Band 1 hingga Band 3, kebanyakan murid dapat mencapaikan dengan mudah. Band 4 hingga Band 6 merupakan tahap pencapaian yang lebih tinggi dan kemungkinan ada murid yang tidak dapat menguasainya.  Band 4 (Tahu, Faham, dan boleh buat dengan beradab), Band 5 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji), Band 6 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali). Apabila Band semakin meningkat, kriterianya semakin bertambah sukar untuk dicapai. Sebagai seorang murid, cuba anda bayangkan kedudukan diri anda sendiri. Anda mungkin boleh Tahu, boleh Faham dan boleh Buat. Tetapi cuba bayangkan kekuatan maksud Beradab, Beradab Terpuji dan Beradab Mithali. Adakah anda mampu mencapainya? Istilah inilah yang membezakan pencapaian antara Band 4 hingga Band 6.

Persoalannya ialah terdapat dalam kalangan ibu bapa yang masih kurang jelas lagi dengan perkara ini. Ibu bapa masih mempertikaikan keputusan yang diberikan oleh guru-guru,  sehingga timbul soalan ” Mengapa anak saya tak dapat band 6″? “Mengapa anak saya dapat band 3 saja”? “Mengapa anak saya subjek BM dapat band 6 tapi subjek Matematik dapat band 3′?

Kita sebagai guru mungkin faham akan situasi yang berlaku ini kerana saban hari kita ‘bermain’ dengan band-band ini. Waris/ibu bapa mungkin tidak begitu faham lagi dengan konsep-konsep PBS. Sebagai seorang murid, tolong jelaskan kepada ibu bapa anda, apakah itu band 1, band 2 …… band 6.  Bukan semua murid akan mendapat band 5 atau band 6……. Harus diingat, guru-guru memegang amanah yang besar dalam soal pemberian band ini. Soal integriti harus diutamakan dalam memastikan mutu pendidikan di negara kita terus meningkat .

Fikir…fikirkanlah.  Terima Kasih

Penulis.

TAHUN BARU 2013

Posted on

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2012 telah meninggalkan kita dan kini tahun 2013 telah menjengah tiba.

Teruskan kecemerlangan anda pada tahun 2013 agar segala kekurangan pada tahun lalu dapat ditambah baik tahun ini.

Laman Bahasa.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2012

Posted on

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM khas untuk calon-calon SPM tahun ini. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh agar kejayaan dalam peperiksaan ini menjadi milik anda.

Andalah yang akan menentukan kejayaan diri sendiri. Berusahalah dan selebihnya serahkan kepada Allah yang maha esa.

SELAMAT MAJU JAYA.

Sekian,

Wassalam.

Ikhlas daripada CIKGU SAMSUDIN.